Dah lama tidak bersama-sama. Berkongsi cerita, gelak ketawa, berduka lara. Waa. Rindu sangat. Setiap daripada kalian aku rinduu. Terimbas kisah dulu, yang penuh pahit,manis,suka,duka dan sandiwara. Alangkah bagus sekiranya masa itu boleh ku putar semula, supaya aku lebih menghargai setiap yang berlaku antara kita semua. Namun, aku tahu. Yang lepas tak mungkin akan berulang.
Memori yang tercipta akan sentiasa ku kenang dan rindui. Sungguh, sedetik lebih yang aku luangkan bersama kalian, tak seindah bintang di langit. Kenangan itu cukup indah untuk aku lupakan.Walaubagaimanapun, lagu kita akan sentiasa bermain diminda. Tak mudah untuk aku luahkan kisah hati kepada yg lain kerna terlalu banyak kisah dongeng yang kita imaginasikan bersama-sama. Mendengar kisah cinta muka buku dari kalian sangat memberiku rasa untuk mencari siapakah di carta hati. Tapi aku yakin kosong. Tiada siapa.
Jangan lah kalian lupa detik gemuruh yang kita hadapi. Semua itu menjadi rencah untuk kita hampir ke situ. Aku kuat kerana ku ada kamu. Terima kasih atas kenangan yang terindah yang kalian berikan. Sungguhpun beribu sesalan yang ku alami, tak akan pernah aku menyesali kehadiran kalian dalam hidupku.
15! Selamanya.
No comments:
Post a Comment