Budakbudak tak tahu apa2. Yg tahu ape2 ni budakbudak besar nih a.k.a remaja. Sudah pasti hari ini hari yang penuh kasih sayang buat mereka dan partner masing2. Bukan nak jealous or ape2. hehs. Cuma selalunya akan menimbulkan masalah laa kalau hari mcm ni. Berita nanti mesti ada cerita pasal hari kekasih nih. *i guess so.
sebagai seorang muslim dan seorang yang rasional, kita sendiri perlu tahu sama ada baik atau tak sesuatu perkara tersebut. Sepatutnya kita perlu berkasih sayang pada setiap masa. Bukan laa hanya pada satu hari tertentu sahaja. Kasih sayang itu kan selamanya. Yeah! Never stop loving. Apa yang dibimbangkan ada la pergaulan anak remaja yang semakin bebas dan sgt tidak terkawal kini. Walau pun dh byk perkara yg pelbagai pihak lakukan namun masih lagi berlaku situasi yang sama. Kenapa? Sebab itu lah pokok pangkalnya adalah diri sendiri. Kita yang memilih jalan hidup sendiri sama ada mahu yang baik / buruk. Semua itu adalah pilihan sendiri. Lumrah manusia untuk menyayangi dan disayangi. Perkara biasa namun kita haruslah bijak mengendalikan perhubungan. Jangan apabila sudah terlanjur, buruk padahnya. Kita sendiri perlu tahu batas pergaulan antara satu sama lain.
Bolehkah kita yang bukan muhrim berpegangan tangan seperti ini? Pastinya TIDAK! atau lebih tepat adalah HARAM. Tapi masyarakat kini beranggapan ini adalah perkara normal. Tidak sama sekali. Hukum tetap hukum. Kita sendiri yg perlu ubahnya. Maruah seharusnya dijaga rapi oleh setiap yang bergelar manusia apatah lagi sebagai seorang muslim. Bagi pasangan yang sudah bernikah, tidak mengapa sekiranya jika mahu berpegangan tangan, tapi bagi remaja yang baru sahaja dibuai angan2 kasih yang tidak pasti? Boleh ke? HAHA. Jawab lah sendiri ye. :D Saya juga sebagai seorang remaja turut sama2 mengingati diri saya sendiri. Kita insan yang lemah tapi seharusnya sentiasa ingat mengingati. Okayy? Ingat, Kasih sayang itu SELAMANYA. Bukan hanya untuk SATU HARI. Setiap apa yang kita lakukan setiap hari haruslah diiringi dengan kasih sayang dan keikhlasan.. Indah kan kalau begitu? Jadi praktik kan lah. Semoga hidup kita sentiasa diberkati & dirahmati.
Utamakan kasih sayangMu hanya kepada Maha Pencipta Yang Satu.
Salam sayang, dari saya. :D
No comments:
Post a Comment