Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Ya, Alhamdulillah atas nikmat ini. Setelah check UPU semalam, aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sini dalam bidang Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan. Sama seperti pilihan pertama yg aku buat. Gembira tidak terkata. Apa-apa pun tahniah juga buat semua rakan dan sahabat handai yang mendapat tawaran ke IPTA. InsyaALLAH, sekali lagi aku akan bertemu dengan sahabat2 sekelas yg juga turut mendapat tawaran yang sama seperti aku. Hee. Havoc laa kat situu nanti. Ibu dan ayah turut tersenyum gembira mendengar berita ini. Masa bagi tahu ibu, HAHA, aku perasan ibu nangis tapi kejap je. Then dia okay balik. Auww. :) Sayang ibu. :D
Yang merisaukan hati ini, nanti ada test masa minggu orientasi. uuuuu~~ Cuak. But, apa2 pun hopefully dapat menyelesaikannnya dgn cemerlang. Now, sedang tunggu offer letter 9 Mei nanti. InsyaALLAH, kalau tiada apaapa aral, aku kan sana. Huuuu~~~ Doakan semuanya berjalan lancar. Amin :D LBNL, buat rakan2 yang dikasihi, meskipun kita tidak menuntut lagi di tempat yang sama, percayalah bahawa kalian sentiasa di hati ini. :) Sekian..
No comments:
Post a Comment